Dalam banyak-banyak genre sastera, genre puisilah yang paling saya kurang gemari. Bukan apa.. Kadang-kala, saya mempunyai kesukaran mencungkil makna tersirat atau mesej yang ingin disampaikan penulis. Kekadang juga, saya susah mengecam nada puisi, terutama sekali jika saya tidak fahami makna perkataan-perkataan yang digunakan.
Namun, Cikgu Lyja telah mengubah perspektif saya tentang pembelajaran puisi. Saya serta-merta tertarik dengan adanya alunan muzik yang mengiringi puisi Masuri SN. Sekali mendengar alunan muziknya, saya dapat menangkap puisi ini bernada melankolik. Sungguh menyayat hati melihat betapa sukarnya kehidupan para petani untuk menghasilkan sebutir nasi. Titik peluh mereka diketengahkan dan diambil kira oleh Masuri SN. Dengan adanya grafik-grafik, saya lebih memahami apa yang dilalui para petani untuk menyara kehidupan mereka. Mungkin pada kita yang hidup lebih senang daripada para petani, penghasilan nasi itu perkara yang kurang diberi perhatian, tetapi pada para petani ini, penghasilan inilah yang merupakan soal hidup dan mati mereka.
Puisi ini juga memberi pengajaran bagi saya. Pengajaran yang dapat saya raih mungkin berlainan dengan rakan lain. Menerusi puisi ini, saya lebih menghargai kerja keras yang berlaku di sebalik penghasilan nasi. Ia juga mengajar saya supaya menghargai setiap butir nasi dan jangan sesekali membazirnya.
Pada pendapat saya, penggunaan video dan lagu sebagai wadah untuk pengajaran dan pembelajaran puisi sangat berkesan. Lebih-lebih lagi kepada pelajar yang suka kepada muzik dan bahan visual. Saya harap Cikgu Lyja dapat mengenalkan puisi-puisi lain yang berbentuk lagu kepada kami. Atau.. Cikgu bolehlah menyuruh kami melagukan puisi pula.. Hehe!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Betul juga apa yang awak katakan itu Aizad. Saya setuju!
Video ini telah menarik perhatian saya terhadap puisi ini. Apatah lagi, adanya gambar-gambar yang berkaitan dengannya.Ia membuatkan saya lebih memahami puisi Masuri Sn ini dengan baik lagi. Melodi lagunya pula asyik terngiang-ngiang di dalam benak fikiran saya..sehinggakan saya sudah menghafal keseluruhan puisi ini! hehe!
Post a Comment