T angan ini yang menyapu
U ntuk membersihkan kawasan perumahan
K ini bersepah lagi
A kibat sifat tidak bertimbang-rasa manusia-manusia
N ama dan gelaran ada pada mereka
G ambar dan kempen kebersihan tidak dihiraukan juga
S iapa yang dapat menghargai aku?
A ku hanya seorang tua yang tidak berguna
P ada mata mereka
U capan terima kasih tidak pernah ku terima
Kumpulan Ghazal: Aizad, Batrisyia, Luqman, Adawiyah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Membaca puisi kumpulan Ghazal ini membuatkan saya teringat pakcik dan makcik atau mungkin yang sudah bergelar nenek dan datuk yang bekerja sebagai tukang sapu. Memang selalu kita lihat mereka terketar-ketar menyapu lantai yang kotor. Ada yang sengaja apabila melihat mereka, membuang sampah di lantai dengan harapan tukang sapu akan membersihkannya. Tidakkah mereka kasihani mereka yang sudah tua, bayangkanlah jika tukang sapu itu nenek atau datuk kita sendiri? Terima kasih Kumpulan Ghazal kerana membuka mata kami kerana menulis puisi dari sudut pandangan seorang tukang sapu yang tua. Kini saya lebih menghargai mereka...
Hai Lia.. Saya berasa syukur kerana menerusi hasil puisi kumpulan Ghazal, awak kini lebih menghargai orang-orang tua yang bekerja sebagai tukang sapu.. Itulah nilai yang ingin Ghazal sampaikan menerusi puisi ini..
Post a Comment