P anas terik aku lalui
E ngkau di situ goyang kaki
K erap aku dicemuh
E ntah mengapa nasib begini
R intihan pilu tiada yang fahami
J alani hidup menumpang dalam
A rus kehidupan berbeza yang masih cuba ku adaptasi
P ilihanku bekerja di sini
E mak dan isteri menanti diri ini
M enghempas-pulas
B adan dan tenaga
I ni semua untuk mencari rezeki
N amun aku masih tak fahami
A nggapan orang terhadapku
A ndai kata aku tiada
N escaya negeri ini tak akan maju seperti ini
Hasil kerja: Lia, Hani, Alfian, Yusri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Wah! Handal lah kumpulan Nazam! Sebenarnya, kumpulan Ghazal ada memikirkan tentang pekerja pembinaan tetapi memandangkan hurufnya agak banyak, kami takut kami tidak dapat membina puisi yang baik. Namun kumpulan Nazam telah menunjukkan bahawa ia tidak mustahil. Pemilihan kata untuk puisi ini juga sesuai dan amat baik seperti ‘dicemuh’, ‘arus kehidupan’, ‘adaptasi’, ‘menghempas-pulas’, dan ‘nescaya’. Bolehlah rakan lain menambahkan kosa kata menerusi puisi ini. Ia juga memenuhi apa yang Cikgu Lyja mahukan iaitu memasukkan 2 sudut pandangan yang berbeza iaitu diri pekerja dan masyarakat. Kalau kita dapat menghayati puisi ini, ia amat menyayat hati. Kalau puisi ini dilagukan, lebih baik. Mana tahu, boleh mengeluarkan air mata agaknya.. Hehe!! Syabas Nazam!!
Terima kasih Aizad atas komen awak yang memberangsangkan itu! Kami sekumpulan amat menghargainya. Sebenarnya, kami tidak menyangka akan mampu menulis perkataan-perkataan yang boleh dijadikan kosa kata. Saya rasa inilah hasil kerja berkumpulan..seperti pepatah 'more heads are better than 1'! hehe. Tambahan pula, kami sekumpulan merasakan bahawa aktiviti ini walaupun agak mencabar, ia amat menyeronokkan! Terima kasih Cikgu Lyja.
Post a Comment