Wah, seronok juga ya cikgu kalau kami semua diberi peluang seperti itu! Saya pasti teman-teman yang lain juga tidak mahu lepaskan peluang sebegini. Mungkin kalau ada lagi pementasan drama atau teater pada masa-masa akan datang, boleh lah cikgu beritahu kami supaya dapat kami tajamkan lagi pemikiran kami mengenai sastera selain mempelajari tentang sajak-sajak dan cerpen-cerpen setakat di dalam bilik darjah sahaja.
Berbalik kepada perkongsian cikgu mengenai PGL the Musical itu, saya telah melihat iklannya di kaca televisyen dan seperti apa yang cikgu katakan, rata-rata ramai yang ditemuramah setelah menyaksikan muzikal itu mengatakan bahawa mereka gemar dengan aspek hiburannya, terutama sekali lagu-lagu yang dinyanyikan dan tentu sekali pelakon yang kacak itu. Saya juga pada mulanya tertarik dengan Stephen Rahman Hughes. Hehe. Kakak saya dan rakan-rakannya pergi menonton muzikal itu semata-mata ingin melihat lakonan Tiara Jacqueline dan Stephen. Mungkin tidak terlintas di hati mereka tentang aspek sasteranya, sama ada muzikalnya tentang kehebatan dan kesetiaan Hang Tuah ataupun tentang percintaan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang.
Oleh itu, pada pendapat saya, mungkin muzikal ini bersifat lebih kepada komersial. Namun, bagi yang dapat menghayati aspek sasteranya, mereka akan tetap rasa terhibur. Walaubagaimanapun, saya setuju dengan pendapat cikgu bahawa ini adalah satu cara untuk kami semua didedahkan dan menghargai sastera. Jangan lupa cikgu beritahu kami sekiranya ada pementasan teater dalam masa mendatang! Rasanya tidak sabar saya ingin menonton...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Oh, tidak sangka pula awak tertarik kepada Stephen Rahman Hughes, ya Lia! Saya setuju dengan pendapat Lia bahawa muzikal ini lebih bersifat komersial. Mengapa ya tiada pelakon Melayu jati yang diambil untuk melakonkan watak Hang Tuah? Seperti Cikgu Lyja katakan terdapat sejumlah penonton bukan Melayu yang menonton muzikal tersebut. Kita sepatutnya menunjukkan kemelayuan kita kepada mereka. Namun saya akur bahawa muzikal ini merupakan muzikal yang dapat menarik minat orang Melayu terhadap sastera; bidang yang kurang diceburi masyarakat masa kini.
Oleh itu, Cikgu Lyja, ajaklah kami menonton mana-mana pementasan drama atau muzikal yang Cikgu rasa sesuai bagi kami. Setelah menonton pementasan tersebut, bolehlah kami berbincang mengenainya di kelas atau di ruangan blog ini. Manalah tahu, satu hari nanti, kami juga boleh membuat pementasan sendiri.. Hehe!!
Post a Comment