Demikian adalah coretan penulis tentang bukunya yang Cikgu harap dapat menarik perhatian awak semua untuk membacanya. Terdapat 5 buah cerpen yang Cikgu rasa amat dekat dengan kehidupan seharian kita. Cikgu menganjurkan supaya awak semua dapat membaca cerpen "Romie & Julie" kerana kita akan membincangkan cerpen ini di dalam kelas pada minggu hadapan.
Berikut adalah soalan-soalan yang boleh difikirkan ketika membaca untuk dibincangkan di dalam kelas:
1) Pernahkah awak mendengar tentang 'Romeo & Juliet'?
2) Dari manakah awak mengetahui mengenai mereka?
3) Apakah perbezaan antara 'Romeo & Juliet' yang awak tahu dengan 'Romie & Julie' di dalam cerpen ini?
Bagi mereka yang sudah membaca buku ini, sudilah berkongsi pendapat dan memberikan komentar mengenai cerpen-cerpen yang lain juga di ruangan blog ini. Selamat membaca!!
No comments:
Post a Comment