Terima kasih kepada Cikgu Lyja kerana merekomendasikan buku SAGA ini kepada kami sekelas.
Cerpen-cerpen yang terdapat dalam buku ini amat menarik tetapi yang paling saya minati ialah “Tompok Hitam”.
Semasa membaca cerpen “Tompok Hitam”, saya dibuaikan oleh stereotaip bahawa nama Tompok itu merujuk kepada seekor kucing dan nama Lili pula merujuk kepada seorang kanak-kanak perempuan. Ternyata andaian saya salah apabila membaca pengakhiran cerpen ini. Saya membaca cerpen ini untuk kali kedua; kali ini dengan pengetahuan bahawa Tompok seorang manusia dan Lili pula seekor kucing Parsi. Kecekapan Cikgu Ishak untuk mengolah jalan cerita dengan penggunaan nama-nama watak yang tidak dibendung oleh stereotaip amat saya kagumi. Pada pendapat saya, pendekatan ini dapat membuat pembaca mahu membaca cerpen tersebut lebih daripada satu kali.
Selain itu, Cikgu Ishak berjaya juga menyelitkan isu persahabatan dan kasih sayang yang merentas segala makhluk Tuhan. Ini dapat dilihat apabila Lili menyerang Busu Kintan apabila dia mengapa-apakan Tompok dan Lili yakin dia sahaja yang boleh membahagiakan nenek. Pada pendapat saya, cerpen ini senang diterima para pembaca terutama sekali mereka yang kasihkan haiwan.
Cikgu Ishak juga berani memperkenalkan konsep penyakit “Multiple Personality Syndrome” dalam cerpen “Romie dan Julie”. Jikalau para pelajar membaca cerpen ini, mereka dapat didedahkan kepada sesuatu yang baru. Pada mulanya, saya anggap Romie itu adalah roh yang tidak tenteram dan sangka jalan cerita cerpen ini biasa-biasa sahaja iaitu roh yang membantu manusia. Namun Encik Ishak pandai membawa “twist” dalam jalan cerita dan ini menaikkan nilai cerpennya.
Ada di antara cerpen-cerpen dalam buku SAGA mempunyai unsur yang luar dugaan manusia seperti “angel of death” dalam cerpen “AOD@eternity.com” dan peristiwa yang terjadi kepada Siti yang seolah-olah merasakan dirinya melahirkan dalam masjid dan kehilangan bayinya sama sekali dalam cerpen “Nirmala”.
Unsur-unsur ini dapat membawa idea-idea segar (fresh ideas) yang mungkin belum pernah kita baca dalam cerpen-cerpen lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Seronok ya membaca cerpen-cerpen di dalam buku ini! Sungguh menarik kerana ia berbeza dengan cerpen-cerpen yang pernah saya baca.
Saya setuju dengan Aizad kerana saya juga tertipu apabila membaca cerpen Tompok Hitam. Penulis telah berjaya membuktikan kepada kita supaya kita digalakkan berfikir ‘out of the box’, tidak sentiasa terikat dengan stereotaip sahaja. Ini dapat dilihat juga di dalam cerpen-cerpennya yang lain seperti AOD@eternity.com dan Nirmala di mana akhir ceritanya sentiasa berbeza dengan jangkaan kita.
Pada pendapat saya, yang membuatkan cerpen-cerpennya berbeza adalah jalan ceritanya, terutama sekali kerana ia penuh dengan saspens dan kejutan. Ini yang membuatkan saya ingin terus membaca.
Cerpen Romie dan Julie pula seperti apa yang Aizad kata, ada sedikit ‘twist’. Pada mulanya, dengan membaca tajuk sahaja, saya sangkakan ia adalah sebuah kisah percintaan seperti yang kita ketahui, rupa-rupanya bukan.. Bagi rakan-rakan yang belum membaca, bacalah buku ini. Rugi tau kalau tidak baca.. hehe.
Post a Comment